Tanda kebesaran Lencana pangkat Tentera Darat Jerman (1935–1945)

Lambang Kebangsaan: Hoheitszeichencode: de is deprecated atau Wehrmachtsadlercode: de is deprecated

Pengiktirafan visual Reichswehrcode: de is deprecated terhadap realiti baru Sosialis Nasional muncul pada 17 Februari 1934, apabila Panglima Angkatan Tentera, Werner von Blomberg, mengarahkan lambang helang-dan-swastika Parti Nazi, kemudian Lambang Kebangsaan Jerman, dipakai pada blaus uniform dan topi berkuatkuasa 1 Mei.[1] Reka bentuk helang ini menggunakan warna perak bagi Reichsheercode: de is deprecated (tentera darat) dan warna emas bagi Reichsmarinecode: de is deprecated (tentera laut), ia adalah helang bergaya dengan sayap serong yang terbuka luas sambil mencengkam kalungan bunga swastika, kemudian dipanggil Wehrmachtsadlercode: de is deprecated ("helang angkatan tentera").[lower-alpha 1]

Helang dada

Wehrmachtsadler
1935
1939
1940
1944
Tropika

Penutup kepala

Helang/swastika dan kalungan cockade digunakan pada peak cap (Schirmmütze). Pelekat Heer digunakan pada pelbagai helmet.

Topi dan helmet memakai dua elemen tanda kebesaran yang sama, dalam pelbagai bentuk: iaitu Lambang Kebangsaan dan warna kebangsaan. Topi Perang Dunia I membawa dwi kokarde atau roundel, satu mengikut warna hitam-putih-merah Imperial dan satu lagi mengikut warna Negeri-Negeri tertentu di dalam Empayar. Pihak Reichswehrcode: de is deprecated menukar ia kepada satu cockade mengikut warna hitam, merah dan emas Republik Weimar; sebaik sahaja Hitler mengambil alih kuasa beliau mengembalikan bendera tiga warna pra-1919, dan mengarahkan Tentera Darat kembali ke warna hitam-putih-merah.

Pelapik kolar (Kragenpattecode: de is deprecated , Kragenspiegelcode: de is deprecated )

Doppellitzecode: de is deprecated , s. 1900
Versi pegawai
(bersulam)
dress
medan & khidmat
Waffenfarbe (kor kavalri)
Versi PTT
(tenunan mesin dengan brid keliling)
dress
field
Waffenfarbe (kor armor)
Versi LLP
medan 1934
Waffenfarbe (artileri)

Dalam tentera Jerman abad ke-19, Rejimen Pengawal dan rejimen elit lain memakai brid panjang berganda (Doppellitzecode: de is deprecated ) yang mengelilingi seluruh kolar sebagai tanda kebesaran. Pada pertengahan Perang Dunia I kolar berhias ini telah dikecilkan kepada brid pendek bersulam yang dicantum pada hujungnya, dijahit pada pelapik yang dipakai di depan kolar. Apabila Reichsheercode: de is deprecated ditubuhkan pada tahun 1921 sebagai tentera darat nasional pertama Jerman[lower-alpha 2] Litzencode: de is deprecated telah ditetapkan sebagai lambang kolar universal bagi semua anggota selain jeneral, dan Reich Ketiga meneruskan amalan itu.

Untuk penjelasan, bagaimanapun, perbezaan mesti dibuat antara "pelapik kolar" (Jerman: Kragenpatte atau Kragenspiegelcode: de is deprecated ), dan brid PTT (Unteroffizierslitzecode: de is deprecated atau Kragenlitzecode: de is deprecated – iaitu lambang bagi semua pangkat PTT Jerman), mengelilingi kolar tunik pakaian seragam. Seorang PTT memakai kedua-dua pelapik kolar dan brid mengelilingi kolar. Pegawai bertauliah memakai pelapik kolar sahaja.

Rekaan universal dari tahun 1938

Versi LLP
Dress
Medan, 1938
Medan, 1940
Tunik medan berserta lapik kolar, PTT-Tressen dan Gorjet, selepas tahun 1940.

Pakaian seragam kenderaan berperisai

Lencana kolar kru AFV
Waffenfarbe (artileri serangan)
lencana pangkat pasukan armor
pelapik kolar
epaulet
Tengkorak maut
Waffenfarbe (kor armor)


Kumpulan Pegawai Staf Am

Rudolf Christoph Freiherr von Gersdorff selaku Oberst im Generalstabcode: de is deprecated .
Pelapik kolar pegawai Staf Am
pakaian medan & pakaian khidmat
pakaian dress
pakaian dress OKW/OKH
Waffenfarbe (staf am)

Generalstaboffizierecode: de is deprecated ialah pegawai yang dipilih dan dilatih dengan teliti untuk mewakili Kumpulan Staf Am Jerman bagi kedua-dua tugas pemerintahan dan staf. Mereka berpangkat dari Hauptmann im Generalstabcode: de is deprecated (kapten) hingga Oberst i.G.code: de is deprecated (kolonel). Kesemuanya, sebelum tahun 1939, lulusan Akademi Tentera, iaitu Kriegsakademiecode: de is deprecated . Di bahagian staf mereka memegang posisi Ia (pegawai staf am pertama merangkap ketua operasi) atau Ib (pegawai staf am kedua). Di jabatan yang lebih tinggi, iaitu bahagian risikan dan latihan staf selalunya berada di bawah tanggungjawab kumpulan pegawai Staf Am. Pegawai Staf Am mempunyai Litzen mereka tersendiri yang dipanggil alt-Preußischecode: de is deprecated (Prusia lama), atau Kolbenstickereicode: de is deprecated ("sulaman-lobe"). Ini adalah sama dengan pakaian dress merah carmine Kragenpattencode: de is deprecated atau pelapik hijau pakaian khidmat; Litzenspiegelcode: de is deprecated berwarna tidak diperlukan. Pegawai Staf Am yang ditugaskan ke markas tertinggi (iaitu Reichskriegsministeriumcode: de is deprecated , kemudian OKH dan OKW), Kriegsakademiecode: de is deprecated , dan atase tentera boleh dibezakan oleh Litzen mereka yang berwarna keemasan dan bukannya perak. Generalstaboffizierecode: de is deprecated ini dipanggil "des Generalstabscode: de is deprecated ", Oberst d.G.code: de is deprecated , dll. Litzen emas khas telah dimansuhkan pada November 1942. Hanya atase tentera mengekalkan Litzen mereka selama mana mereka berada di jawatan sekarang. Führer mahu ada ikatan rapat antara barisan hadapan, OKW dan OKH.

Sebagai tambahan kepada pelapik kolar mereka, Pegawai Staf Am memakai jalur seluar, rekaan yang sama seperti seorang jeneral tetapi berwarna merah carmine dan bukannya merah scarlet.

Para Jeneral

Arabesques
Varian WWII
Zaman moden Bundeswehrcode: de is deprecated
Selaku Generalmajor
Selaku Field Marshal

Dari tahun 1900 dan seterusnya para jeneral Prusia telah memakai pelapik kolar berhias sulaman dalam bentuk yang dipanggil alt-Larischcode: de is deprecated , yang pertama kali dipakai pada abad ke-18 oleh Rejimen Ke-26 Infantri (älterer von Larisch) [de]; Reichsheercode: de is deprecated dan Wehrmachtcode: de is deprecated meneruskan tradisi itu. Lambang ini, kadangkala dipanggil Arabeskencode: de is deprecated (arabesques), disulam dengan bulion emas atau sintetik keemasan Celleoncode: de is deprecated pada lapik Hochrotcode: de is deprecated (merah scarlet).

Field Marshal memakai Arabeskencode: de is deprecated yang sama seperti jeneral sehingga April 1941, apabila mereka dibenarkan memakai varian lebih panjang yang berbentuk tiga dan bukannya dua corak iterasi yang berulang, dengan jumlah 6 "motif".[2] Dalam sesetengah kes GFM tidak kisah untuk menggantikan lambang jeneral mereka, atau berbuat demikian hanya pada pakaian seragam dress mereka.

Pegawai jeneral Perkhidmatan Tentera Khusus (Truppensonderdienstcode: de is deprecated – TDS) dan kerjaya pakar (perubatan, veterinar, senjata, dan motorise) memakai tanda kebesaran yang sama sehingga April 1944, apabila mereka diarahkan untuk menukar Kragenpattencode: de is deprecated scarlet mereka kepada tanda alt-Larischcode: de is deprecated yang dilapikkan pada Waffenfarbe:code: de is deprecated mereka.

  •  biru langit – pentadbiran TDS;
  •  biru cornflower – perubatan;
  •  oren – ordnans;[lower-alpha 3]
  •  merah jambu – motorise;
  •  merah carmine – veterinar;
  •  merah tua – kehakiman TDS.

Pada Otober 1944, tempoh akhir lapik scarlet bagi Jeneral kerjaya pakar telah dilanjutkan untuk tempoh yang tidak ditetapkan.

Hari ini pelapik kolar arabesque masih dipakai oleh pegawai jeneral Bundeswehr.[3]

Ketua

Kragenpatte & Epaulet von Rundstedt

Di dalam Wehrmacht Heercode: de is deprecated , selepas bersara, jeneral kanan Jerman tertentu akan dikurniakan jawatan kehormat Chefcode: de is deprecated (Ketua atau Penaung) sebuah rejimen, sama seperti Kolonel Kehormat dalam Tentera Darat British dan Kolonel Yang DiPertua dalam Angkatan Tentera Malaysia . Ia merupakan adat istiadat Jerman sejak dari abad ke-18. Jeneral-jeneral ini dibenarkan memakai tunik dan tanda kebesaran seorang pegawai rejimen, termasuk Litzencode: de is deprecated pegawai biasa. Field Marshal Gerd von Rundstedt, Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-18 Infantri [de], memakai angka 18 yang besar pada shoulder kordnya, dan untuk pemakaian harian beliau menggemari tunik berhias pegawai infantri berserta piping putih dan bukannya uniform jeneral.

Hitler mula-mula melantik Generaloberstcode: de is deprecated Hans von Seeckt, Chef der Heeresleitungcode: de is deprecated yang tua, sebagai Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-67 Infantri pada hari lahirnya yang ke-70 pada April 1936, beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. Hanya tujuh jeneral Jerman dilantik Chefcode: de is deprecated  : selain Seeckt dan Rundstedt mereka adalah General der Infanteriecode: de is deprecated Ritter von Epp (Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-61 Infantri di Munich); Generalfeldmarschallcode: de is deprecated von Mackensen (Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-5 Kavalri di Stolp); Generaloberstcode: de is deprecated von Fritsch (Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-12 Artileri di Schwerin); dan Generalfeldmarschallcode: de is deprecated von Böhm-Ermolli (Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-28 Infantri di Troppau). Generalfeldmarschallcode: de is deprecated von Blomberg telah dilantik Chefcode: de is deprecated Rejimen Ke-73 Infantri dan memakai angka besar 73 yang ditindih atas baton marsyal bersilang pada epauletnya, tetapi pada 4 Februari 1938 beliau telah dipecat dan namanya dipadam daripada senarai senioriti.[4]

Kumpulan Pegawai

kumpulan pegawai muda
kumpulan pegawai medan

Papan bahu pegawai diperbuat daripada brid "Rusia", piping berkembar benang aluminum. Kumpulan pegawai muda (Leutnantcode: de is deprecated hingga Hauptmann/Rittmeistercode: de is deprecated ) memakai epaulet yang diperbuat dari dua brid panjang yang dilipat sebelah-menyebelah hingga meliliti lubang butang, membentuk lapan kord serupa; keseluruhan bentuk ini dijahit pada alas lapik (Unterlagencode: de is deprecated ) kain berwarna Waffenfarbecode: de is deprecated . Sehingga tahun 1938 alas lapik itu mempunyai dimensi luaran yang sama seperti brid, dan hanya boleh dilihat pada bahagian tepi; pada tahun itu alas lapik dibuat lebih lebar, untuk mewujudkan kesan piping tepi seperti shoulder-strap lain-lain pangkat. Pangkat ditunjukkan dari kosong hingga dua paku/bintang logam bersadur; penanda unit juga daripada logam bersadur.

Papan bahu kumpulan pegawai medan (Stabsoffiziercode: de is deprecated ) diperbuat dari dua pita brid Rusia yang dipintal secara menyilang dan digelung untuk membentuk lubang butang, dijahit pada alas lapik Waffenfarbecode: de is deprecated ; pangkat sekali lagi ditunjukkan dari kosong hingga dua paku/bintang logam bersadur.

Sebaik sahaja perang bermula, brid alumunium kelabu kusam muncul, tetapi brid aluminum terang masih digunakan.

Kumpulan Jeneral

Papan bahu kumpulan jeneral, Wehrmacht (Heer)code: de is deprecated

Papan bahu jeneral diperbuat serupa dengan kumpulan pegawai medan, tetapi mengandungi satu brid Rusia berwarna perak di tengah-tengah dua kord brid bulion emas atau Celleoncode: de is deprecated . Oleh kerana gabungan yang terhasil lebih lebar, epaulet jeneral dipintal dalam empat 'gelung' dan bukannya lima. Butangnya disadur, dan pangkat ditandakan dari kosong hingga tiga paku/bintang perak, atau baton bersilang jika berpangkat field marshal. Alas lapik berwarna merah scarlet, kecuali (dari tahun 1944) bagi kumpulan staf am, yang sebaliknya diarah memakai Waffenfarbecode: de is deprecated .

Pada April 1941, epaulet Generalfeldmarschallcode: de is deprecated ditukar dengan memasukkan kord emas tengah bagi menggantikan kord perak.[5]

Kolonel Yang Dipertua memakai papan bahu emas jeneral yang dilapik dengan Waffenfarbecode: de is deprecated rejimen bukannya merah scarlet; GFM von Rundstedt kadangkala hanya menyematkan baton bersilangnya pada epaulet kolonel infantri.

Anggota bersara

Papan bahu Generalmajorcode: de is deprecated bersara berserta pengekang pada bahagian tengah

Atas perintah Fil Marsyal Hindenburg pada Mac 1932, askar yang bersara selepas 15 tahun perkhidmatan berhak memakai uniform unit terakhir yang mereka tinggalkan. Papan bahu dan shoulder strap askar bersara mempunyai pengekang selebar 1.5 sm yang dipasang pada bawah bahagian tengah epaulet.